Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 106

ii.

iii.

iv.

v.

96

bahan atau ganjaran yang dikongsi bersama. Pelajar harus mempercayai bahawa mereka saling bergantung antara satu sama lain dan mereka tidak akan berjaya kecuali semua ahli kumpulan sama-sama berjaya. Antara contoh pensturkturan bagi saling pergantungan ialah: a) ahli perlu setuju dengan satu jawapan; b) memastikan mana-mana ahli boleh mewakili kumpulan c) kepelbagaian peranan ahli dan perkongsian ganjaran atau bahan. Akauntabiliti individu: Objektif pembelajaran koperatif ialah supaya pada akhirnya setiap individu boleh memperolehi apa yang dipelajari secara individu. Untuk mencapai tujuan ini, perlu dipastikan supaya pada setiap proses supaya setiap ahli menyumbang kepada proses pembelajaran yang berlaku melalui prestasi individu (misalnya melalui memanggil individu dalam kumpulan secara rawak untuk menjawab soalan atau meminta tugasan individu sebagai sebahagian daripada tugasan kumpulan). Penglibatan yang samarata: Struktur tugasan yang memerlukan penglibatan setiap ahli dan terdapat mekanisma untuk memastikan penglibatan yang sama rata; Contohnya, mengagihkan peranan, langkah yang memerlukan input dari setiap ahli atau prosedur mengikut giliran. Interaksi serentak: Perlu pastikan lebih daripada seorang pelajar yang terlibat secara aktif dalam satusatu masa. Contohnya, pelajar bekerja berpasangan; atau minta setiap individu menulis secara individu dahulu sebelum berbincang dalam kumpulan dapat memastikan berlakunya interaksi secara serentak. Kemahiran kerja berpasukan: Antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pembelajaran koperatif ialah kemahiran kerja berpasukan. Pelajar mesti mempunyai dan menggunakan kemahiran komunikasi, kepimpinan, membuat keputusan,


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.