Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Page 136

Cadangan Penambahbaikan & Implikasi Dasar |

125

ii. Tempoh dan masa latihan yang dikendalikan oleh setiap IPT perlu dipelbagaikan bagi memastikan lebih ramai staf boleh mengikuti latihan di samping tidak menjejaskan sesi pengajaran. iii. Pihak pengurusan IPT digalakkan memberi pengiktirafan atau insentif bagi meningkatkan motivasi staf agar terus mengintegrasikan teknologi terkini dalam e-Pembelajaran. Khususnya, staf yang layak menjadi jurulatih dalaman dan tempatan dalam e-Pembelajaran dikurniakan sijil, diploma lanjutan dan sarjana mengikut kesesuaian serta kepakaran masing-masing. iv. Latihan khusus dalam pedagogi e-Pembelajaran harus diperbanyakkan kerana aspek pedagogi e-Pembelajaran merupakan kandungan penting latihan bagi menentukan tahap kejayaan dan keberkesanan e-Pembelajaran di institusi masing-masing. v. Kementerian Pengajian Tinggi perlu mempunyai polisi e-Pembelajaran untuk menjadi panduan penyelarasan latihan di semua IPT. Dengan adanya polisi ini, aspek latihan akan dapat dirancang dengan lebih baik dengan mengambil kira keperluan dan tuntutan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. vi. Program latihan yang lebih tersusun, latihan bajet tahunan, pusat sokongan, latihan modal insan, insentif dan motivasi, penambahaikan prasarana berterusan, dan penintegrasian padu dalam kurikulum akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa di IPT. Cadangan Penambahbaikan dan Implikasi Dasar Berkaitan Pembangunan e-Kandungan i. Bagi IPT yang mempunyai pusat khusus untuk pembangunan e-Kandungan, polisi yang jelas terutama daripada segi insentif, perlu diadakan kerana penubuhan pusat-pusat tersebut melibatkan kos yang tinggi seperti kos alatan, perisian dan sumber manusia. ii. Pensyarah berharap agar pihak IPT dapat memberikan sokongan teknikal, termasuk latihan demi melicinkan pembangunan e-Kandungan. Justeru, insentif yang wajar perlu diberikan, contohnya memberi anugerah ataupun honorarium kepada pensyarah yang mempunyai e-Kandungan yang terbaik. iii. Memandangkan sebahagian besar IPT menawarkan beberapa kursus yang sama, pembangunan e-Kandungan untuk kursus-kursus ini boleh dibangunkan secara bersama oleh sebuah pusat di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Usaha ini boleh menjimatkan masa, wang dan tenaga, di samping memastikan kualiti yang terjamin. Ini selaras dengan usaha-usaha beberapa universiti terkemuka di dunia yang menyediakan open courseware yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja. iv. Polisi yang jelas mengenai isu hak cipta di peringkat KPT harus diadakan memandangkan sesetengah pensyarah keberatan untuk membangunkan e-Kandungan, apalagi untuk berkongsi kerana penat lelah mereka tidak diberikan pengiktirafan yang sepatutnya. Cadangan Penambahbaikan dan Implikasi Dasar Berkaitan Integrasi e-Pembelajaran dalam P&P i. Setiap IPT perlu mempertingkatkan dan merangsang aktiviti e-Pembelajaran di institusi masing-masing memandangkan pengintegrasian e-Pembelajaran merupakan trend yang hebat dalam menghadapi generasi digital masa kini.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.