Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Page 12

Bab 1 Pengenalan Mohamed Amin Embi Zaidan Abdul Wahab Abdul Halim Sulaiman Hanafi Atan Pendahuluan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Kementerian Pengajian Tinggi merupakan dokumen yang menterjemahkan hala tuju pengajian tinggi negara untuk masa depan yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan modal intelek berkualiti. Ini bagi merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi maju, makmur dan kompetitif. Bagi memastikan pelaksanaan PSPTN mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan 21 Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project atau CAP) yang setiap satunya mempunyai objektif strategik dan indikator-indikator serta sasaran yang perlu dicapai melalui pelbagai aktiviti yang telah dirangka dan perlu dilaksanakan sama ada di peringkat KPT atau Agensi-agensi di bawah KPT termasuk semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Oleh sebab e-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai salah satu Projek Agenda Kritikal dan Bidang Keberhasilan Utama KPT, satu kajian komprehensif tentang amalan, keberkesanan dan cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia telah dijalankan dengan biaya daripada KPT bagi menjayakan Projek Agenda Kritikal: e-Learning. Hal ini kerana walaupun e-Pembelajaran telah mula digunakan di peringkat pengajian tinggi seawal tahun 2000 oleh beberapa IPT, namun belum terdapat kajian menyeluruh tentang pelaksanaannya di IPT Malaysia.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.