Tazkirah Ramadhan

Page 3

Daripada Salman al Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya‘ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya: “Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat. Barangsiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu pada bulan selainnya. Dan barangsiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu pada bulan selainnya. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin. Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.” Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yantg memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: “Allah akan menganugerahkan ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan sebiji tamar, seteguk air ataupun susu. Ramadhan adalah bulan di mana awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka. Barangsiapa memberi keringanan kepada hamba-sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya dan akan menyelamatkannya dari api neraka. Justeru hendaklah kamu banyak melakukan empat perkara berikut: Dua daripadanya akan membuatkan Allah redha terhadap mereka yang melakukannya sementara dua perkara lagi adalah suatu yang sangat perlu bagi kamu. Dua perkara yang menjadikan Allah redha terhadap pelakunya ialah mengucap dua kalimah syahadah dan memohon keampunan kepadaNya. Sementara dua perkara yang sangat kamu perlukan ialah memohon kepada Allah syurga dan berlindung kepadaNya daripada api neraka.” Biarlah hadis yang agung ini menjadi agenda kita dalam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Dan jadikanlah segala wasiat Rasulullah s.a.w itu sebagai pedoman untuk kita.

4

PUASA Puasa dalam Islam bermaksud menahan diri bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari daripada segala yang membatalkan puasa dalam keadaan sedar. Kesempurnaan puasa adalah dengan meninggalkan segala yang ditegah dan tidak melakukan perkara yang diharamkan.

Syarat Sah Puasa 1. Beragama Islam 2. Tamyiz (dapat membezakan antara yang baik dan buruk). Oleh itu, tidak sah puasa orang yang gila meskipun gilanya itu berlaku dalam tempoh yang singkat pada siang hari Ramadhan. Begitu juga orang yang mabuk dan pitam sepanjang siang hari Ramadhan. Akan tetapi jika pitam yang berlaku itu hanya sekejap, maka puasanya tidak batal. Syarat tamyiz ini memadai walaupun secara hukum seumpama seseorang yang berniat untuk berpuasa sebelum fajar, lalu dia tidur sehingga terbenam matahari. Dalam keadaan tersebut puasanya adalah sah kerana dia dihukumkan masih lagi mumayiz.

Syarat Wajib Puasa 1. Beragama Islam 2. Berakal 3. Baligh; tidak wajib puasa bagi kanak-kanak walaupun dia sudah mumayyiz. Ibu bapa hendaklah menyuruh (melatih) anaknya berpuasa apabila telah berumur tujuh tahun, itupun jika dia mampu melakukannya. 4. M a m p u m e n g e r j a k a n n y a baik dari segi hissi mahupun syara‘. Justeru tidak wajib puasa bagi pesakit yang tidak ada harapan sembuh kerana ketidak upayaannya secara hissi. Begitu juga wanita yang sedang haidh kerana ketidak upayaannya di sisi syara‘.

3. Suci dari haidh dan nifas. Tidak sah puasa bagi or ang yang dalam keadaan haidh ataupun nifas.

Kesempurnaan puasa adalah dengan meninggalkan segala 5. Bermukim; tidak wajib puasa yang ditegah dan tidak melakuke atas orang yang bermusafir dan wajib ke atasnya qadha‘. kan perkara yang diharamkan. 5


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.