Anis Feb 2010

Page 9

HIAS LAMAN OLEH: A. BAKRI MD

Sanchezia Speciosa

cantik ditanam mudah dijaga

S

elamat bertemu kembali. Kali ini saya ingin memperkenalkan pula mengenai tanaman hiasan malar hijau dari jenis pokok renek iaitu spesies Sanchezia speciosa. Ia tergolong dalam famili tumbuhan Acanthaceae. Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu Sanchezia nobilis dan dikatakan berasal dari negara Ecuador dan Peru di Amerika Selatan. Ia boleh ditanam sebagai tanaman hiasan kerana mempunyai daun dan bunga yang cantik. Malah, sesuai juga ditanam sebagai pokok pagaran jika diandam cantik dan sentiasa kemas. Pokoknya sesuai ditanam dalam pasu atau bekas tanaman lain dan juga ditanam di tanah. Daunnya sedikit berkilat, cantik berwarna hijau tua dengan corak pada urat utama di permukaan atasnya yang berwarna putih kekuningan. Batangnya pula berbuku dan mempunyai ruas berwarna Cantik untuk digubah dalam taman mini.

94 ::

anis

:: F E B R U A R I 2 0 1 0


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.