Majalah Anis Julai 2009

Page 5

INTERVIU FOKUS OLEH: NORHASHIMAH ABDUL RAHMAN DAN MOHAMAD FAIZAL MOHAMAD SHAMSUDIN (WARTAWAN PELATIH, JABATAN DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM) FOTO: ANIS SUHAILI BT. ROSSENAN

Z

aman kontemporari kini ramai manusia melakukan kesalahan dan dosa namun menganggap ia sebagai suatu perkara yang kecil dan ringan. Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat yang terlanjur melakukan dosa yang kecil akan terasa menderita seolah-olah gunung yang amat besar telah menimpa dan menghempap mereka. Ini menyebabkan mereka amat menjaga tingkah laku untuk mengelakkan diri daripada kemurkaan Allah SWT. Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan pada zaman ini, perkara seperti dosa sama ada kecil dan besar serta kesalahan melanggar syariat Islam dilihat sebagai perkara

yang kecil. Umpama lalat yang hinggap sebentar kemudian pergi entah ke mana. Manusia sudah tidak mempunyai rasa takut lagi kepada Penciptanya bahkan mempermainkan hal-hal berkaitan dengan hukum agama. Hakikatnya perkara seumpama ini mengundang laknat Allah SWT. Apakah pengertian sebenar mengenai laknat Allah dan bagaimana mengelakkan diri daripada ditimpa laknat Allah ini? Mengulas mengenai topik ini, Ustaz Roslan bin Mohamed selaku pensyarah kanan di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) menjelaskan, laknat dari segi bahasa bererti kutukan, maki hamun dan seumpamanya. Namun ia lebih bersifat kepada kemurkaan Allah SWT. “Laknat dari segi istilah pula bermaksud kebencian yang Allah timpakan sehingga seseorang yang dilaknat itu mendapat kebinasaan di akhirat. Tapi apa yang tidak kita sedari, laknat Allah ini juga boleh menimpa sesiapa sahaja semasa dia masih hidup di muka bumi lagi,” ujar beliau menghurai definisi sebenar

mengenai laknat Allah. Beliau seterusnya memperincikan lagi penjelasan erti laknat dari sudut pandangan beberapa ulama tafsir, antaranya Imam al-Qurtubi dan Imam al-Baidawi. “Imam al-Qurtubi ada menyebut bahawa laknat itu menunjukkan sifat yang maksimum daripada kemurkaan Allah SWT. Begitu juga Imam al-Baidawi, seorang ulama tafsir menggarapkan bahawa laknat itu sesuatu petanda yang menunjukkan kedahsyatan penghujung kehidupan manusia itu sendiri di mana dia berasa cukup terseksa.” Laknat Allah ini bukan sahaja menimpa diri manusia di akhirat tetapi juga di dunia. “Contoh laknat Allah yang menimpa manusia di dunia yang telah diceritakan oleh al-Quran ialah kaum Nabi Lut a.s. di mana kaumnya telah ditimpa bencana iaitu bumi telah terbalik menelan keseluruhan kawasan tempat tinggal mereka, kaum Nabi Nuh a.s. pula ditimpa bencana banjir yang besar dan dahsyat sehingga mereka musnah, begitu juga kaum Thamud, Aad dan Firaun di mana masing-

Laknat Allah

Andai Permainkan Hukum Allah

18 ::

anis :: J U L A I

2009


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.