Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Page 8

2 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

Hakisan Tanah Hakisan pantai berlaku secara semula jadi akibat balasan garis pantai kepada proses garis pantai semulajadi yang dijana oleh keadaan kaji cuaca dan oseanografi yang terdiri daripada tiupan angin, ombak dan air pasang-surut. Hakisan pantai lebih ketara di kawasan aktif morfologi serta di kawasan berhampiran dengan muara sungai (river mouth) yang mempunyai perubahan morfologi jangka masa pendek.

1.2.



KAWASAN PESISIRAN PANTAI SEBAGAI KSAS

Gumuk Pasir

Gumuk pasir pantai (sand dunes) dan gumuk pasir hutan bukan sahaja bertindak sebagai penampan (buffer) penting kepada hakisan pantai malahan juga bertindak sebagai habitat semulajadi dan takungan pasir bagi memenuhi hakisan semulajadi dan melawan impak negatif kenaikan aras laut.

Foto 3: Keadaan fizikal gumuk pasir di pesisir pantai

 Foto 2 : Keadaan fizikal pantai yang terhakis

Muara Sungai (River mouth)

Muara sungai mengalami masalah pemendapan akibat kelodakan yang banyak yang berasal dari kawasan tadahan bergandingan dengan pergerakan sedimen susur pantai. Kesan-kesan ini akan menyebabkan pengurangan aliran di kawasan tersebut terutamanya semasa aliran banjir (flood discharge), mengakibatkan gangguan kepada perjalanan navigasi kapal besar serta bot-bot perikanan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.