Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Page 47

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) DATARAN BANJIR, TANAH LEMBAP, BEKAS LOMBONG, TASIK DAN SUNGAI 

Guna tanah terhad kepada pertanian, taman, kawasan terbuka, kawasan tempat letak kereta terhad dan penstoran yang sediada.

Pembangunan yang terlibat dengan pelupusan, penyimpanan, perawatan dan pembuatan bahan-bahan yang merbahaya tidak dibenarkan.

Pembangunan perkhidmatan awam seperti polis, bomba atau hospital tidak dibenarkan.

4.2

5

Zon Pinggir Dataran Banjir (flood Fringe)

Guna tanah dibenarkan dengan syarat ia dilindungi dari ancaman banjir atau tertakluk kepada keperluan peraturan untuk tempat kediaman, komersial dan pemuliharaan.

Aktiviti rekreasi dibenarkan dengan kawalan kebersihan alam sekitar dan banjir yang ketat

Pembangunan baru hanya boleh dipertimbangkan di zon “flood fringe” dengan syarat Langkah-langkah menghadapi risiko bencana banjir telah dibuat.  Risiko bencana banjir yang baru tidak akan wujud manakala risiko bencana banjir sedia ada tidak dimudaratkan lagi.  Tidak ada impak alam sekitar yang nyata.  Adanya maklumat yang mencukupi menyusuli permohonan yang menunjukkan pembangunan yang dicadangkan dipelihara oleh kesan banjir 100-tahun. Pembangunan yang melibatkan kemudahan sosial atau kecemasan seperti hospital, sekolah-sekolah, kemudahan taska tidak benarkan.

Rajah 2(a) : Contoh Bangunan floodproofing menaikkan aras lantai melebihi aras banjir

Rajah 2(b) : Contoh Bangunan floodproofing menaikkan aras lantai melebihi aras banjir Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.