Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Page 224

3

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS WARISAN SEMULAJADI DAN ANTIKUITI

4.

GARIS PANDUAN UMUM

4.1

Kawasan Monumen Lama Tapak Tanah Bersejarah

dan

Tapak warisan kebudayaan ketara (termasuk kawasan, monumen dan bangunan) perlu berdasarkan kepada Daftar Warisan Kebangsaan yang disediakan oleh Jabatan Warisan Negara. Semua monumen Lama, Tapak Tanah Bersejarah dan Rizab Arkeologi perlu diwartakan. Penyediaan Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas) perlu mengambilkira tapak warisan kebudayaan ketara dan tapak warisan semulajadi mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005. Kerja-kerja di atas tapak monumen atau berhampiran monumen perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Warisan Negara.

Pemohon perlu mendapatkan persetujuan Pesuruhjaya Warisan mengenai tapak warisan sebelum memohon Kebenaran Merancang daripada PBPT.

Pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan perlu mengikut pelan pengurusan pemuliharaan yang disediakan.

Semua aktiviti menggali atau excravation perlu mendapat kelulusan Jabatan Warisan Negara.

Monumen mempunyai kepentingan nasional dan perlu dikekalkan di tempat asal.

4.2 Zon Penampan 

Penyediaan zon penampan perlu untuk mengasingkan kawasan warisan daripada aktiviti yang tidak sesuai. Zon penampan boleh dalam bentuk seperti jalan raya, kawasan lapang atau bangunan.

Bangunan di dalam zon penampan perlu diambilkira dari segi merit dan hanya akan dibenarkan jika pembangunan tersebut bersesuaian dengan bangunan sekeliling dan keseluruhan bandar secara amnya.

Penguatkuasaan yang tegas ke atas pembangunan baru di dalam zon penampan hendaklah dilaksanakan untuk mengekalkan vista yang signifikan dan pemandangan sekitar kawasan warisan.

Pembangunan fizikal di dalam zon penampan hendaklah bersesuaian dengan bangunan sediada di dalam kawasan warisan.

4

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.