Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Page 163

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN ALAM SEKITAR (KSAS) SIMPANAN MINERAL DAN BENCANA GELOGI

Hakisan (Erosion)

 

   

23

Garis Panduan Khusus Pemuliharaan Kawalan penentuan di dalam EMP. Semua operasi kerja tanah patut diperkenalkan darjah/intensiti hakisan (degree of erosion) terkawal dan aktiviti ini perlu dikawal rapi (Peta Potensi Hakisan walaupun berguna tetapi penggunaannya terhad memandangkan semua bahan bumi mempunyai darjah hakisan yang berlainan). Klausa kawalan hakisan dalam kerja-kerja tanah di dalam kontrak patut dijadikan satu mandatori sekiranya munasabah atau diperlukan. Kerja tanah lebih sesuai dijalankan pada musim kering dan hendaklah dijadualkan secara berperingkat bagi mengelakkan pendedahan tanah kepada proses hakisan. Kebenaran untuk melakukan kerja–kerja tanah perlu dimasukkan juga keperluan menyediakan kawalan kelodak (silt control) dan penanaman rumput (turfing) dengan penekanan penguatkuasaan yang ketat. Struktur-struktur pemuliharaan tanah diperlukan seperti berikut: o Parit dan laluan air dengan dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput; o Perangkap kawalan kelodak (silt/pits); o Teres-teres bagi menyekat laluan air; o Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam. Amalan agronomi digalakkan di kawasan pertanian yang bercerun untuk mengawal hakisan. Amalan agronomi termasuklah: o Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah; o penanaman rumput (turfing) di kawasan tebing; o Penanaman tanaman penutup bumi seperti kekacang; o Penanaman secara mengikut kontur; o Penanaman tanaman padat yang dapat melindungi permukaan tanah.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.