Retrospektif Peranan Ulama

Page 9

baginda telah menyatupadukan seluruh kerajaan-kerajaan, seperti Kerajaan Daya, Kerajaan Pedir (Pidie), Kerajaan Lingga,42 Kerajaan Samudera-Pasai (gabungan kerajaan Pasai, Teumiang dan Peurlak) dan lain-lain di wilayah Aceh ke dalam Kerajaan Aceh Darussalam bagi ancaman penjajah Barat Portugis di Melaka.43 Kerajaan Aceh Darussalam mencapai kegemilangan tamadun pada abad ke 17 Masehi di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Meukuta Alam (1607-1636 Masehi). Kejayaan baginda disebabkan mempunyai pendamping yang cekap dan bijaksana, iaitu Shaykh Shamsuddin al-Sumaterani. Beliau seorang yang alim dalam pelbagai bidang disiplin ilmu-agama, shaykh dalam tarekat Shattariyyah-Qadiriyyah dan aktif bukan sahaja sebagai pendamping Sultan, tetapi juga dalam urusan pemerintahan dan urusan masyarakat melalui institusi zawiyahnya di Geudong, Pasai (Aceh Utara). Beliau juga aktif dalam mengadakan hubungan diplomatik kerajaan seperti yang dicatat dalam Hikayat Aceh dengan Shaykh Sibgatullah di Mekah.44 Kegemilangan tamadun Aceh diteruskan oleh empat sultanah iaitu Sultanah Taj alAlam Safiatuddin Syah (1641-1675 M.), Nur al-Alam Nakiayatuddin Syah45 (1675-1678 M), Inayat Syah Zakiyatuddin Syah46 (1678-1688 M) dan Kamalat Syah 47 (1688-1699M) yang 42

A Hasmjy, Meurah Johan Sultan Aceh Pertama, hlm. 29.

43

Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan Islam kukuh dan memgalami kegemilangannya pada abad ke15 sehingga kejatuhannya ke tangan Portugis pada tahun 1511 M. Ramai di kalangan ulama dan saudagar Islam telah datang untuk melakukan pelbagai kegiatan sosial dakwah termasuk kegiatan ilmu dan penyebaran Islam. Hubungan jaringan keilmuan terjalin kukuh di antara Kerajaan Melaka dengan Kerajaan Samudera-Pasai. Kesinambungan dari Kerajaan Samudera-Pasai, Kerajaan Melaka telah berkembang pesat kegiatan ilmu agamanya dan penyebaran Islam. Pada era pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511 M), baginda mempelajari kitab Maclūmāt dari Maulana Yusuf (W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, hlm. 195). Kitab Maclūmāt, menurut Syafii Abu Bakar (Persuratan sufi, Monograf 9, Jabatan Persuratan Melayu, Fskk, UKM, Bangi, 1994) sebenarnya ialah kitab al-Lumac karya Abū Nar al-Sarrāj al-sī. Karya-karya lain seperti Insān al-Kāmil dan Fu al-ikam turut diajarkan di Melaka memperlihatkan kemajuan pengetahuan agama yang dicapai oleh masyarakat Islam di Negeri Melaka pada era itu yang berpusat di Pulau Upih (Muhammad Syed Naguib al-Attas, 1966, Raniri and the wujudiyyah of 17th century Acheh, MBRAS. hlm. 7). Apabila kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, sebilangan besar ulamanya telah pindah ke Aceh untuk mengukuhkan lagi Kerajaan Aceh Darussalam bagi membendung dan menentang Kritianisasi Portugis. 44

Teuku Iskandar, 2001, Hikayat Aceh, Yayasan Karyawan Kuala Lumpur, hlm 98-99.

45

Baginda diberi gelaran seri Sultanah Nur Alam Naqiatuddin Syah binti Malik Radiat Syah binti Firman Syah binti Sayyid al-Mukammil. Baginda hanya memerintah tiga tahun sahaja dan mangkat pada 23hb, Januari 1678 M (Ismail Sofyan dkk, Ibid, hlm. 66; J. Paulus, Encyclopaedie van Nederlandsch-Indie, E.J. Brill, Leiden, 1917, hlm. 76). 46 Nama sebenarnya baginda ialah Puteri Raja Seri Binti Muhammad Syah. Setelah ditabalkan menjadi Sultanah ketika berusia 40 tahun, baginda diberi gelaran Paduka Seri Sultanah Inayat Syah Zakiatuddin Syah berdaulat illu’Llāh fi al-cĀlam. Baginda Sultanah meninggal dunia pada tahun 1688 M / 1099 H. Sofyan dkk, Ibid, hlm. 66-67; Teuku Iskandar, Nuru’ddin ar-Raniri: bustan al-salatin, hlm. 74; Raden Hussein Dajajadiningrat. 1979. Kesultanan Aceh (suatu pembahasan atas Bahan-bahan yang tertera dalam karya Melayu tentangsSejarah Kesultanan Aceh), alih bahasa Teuku Hamid: Critish oversicht Van de in Maleische werken vervatte gegeven over de geschiedenis van het Soeltanaat vam Atjeh (1911). BKL 65: 135-265. Banda Aceh: Proyek Rehabilisasi dan Perluasan Museum Aceh. hlm. 189-190. 47 Nama sebenarnya ialah Seri Ratu Kamalat Syah. Silsilah keturunannya tidak jelas kerana terdapat bercanggahan pendapat. Ada pendapat yang menyatakan baginda adalah anak angkat Sultanah Safiatuddin. Pada pendapat lain bahawa baginda ialah adik kepada Sultanah Zakiatuddin Syah. Baginda meninggal dunia pada tahun 1700 M. Sofyan dkk, Ibid, hlm. 70; J. Paulus, Encyclopaedie van Nederlandsch-Indie, hlm. 76.

159


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.